Sunday, November 20, 2011

Hari Keluarga Komunikasi II

2011/11/20

TANJUNG ARU: Seramai 60 orang pelajar program komunikasi, Sekolah Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan aktiviti Hari Keluarga yang bermula pada jam 7 pagi hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh Unit Aktiviti & Riadah yang diketuai oleh pelajar tahun akhir iaitu Ila (22), Sandra (22), Alie (22) dan Ala (22).

Antara jenis aktiviti yang disediakan oleh unit tersebut ialah 'barisan terpanjang' , 'lari membelakang' , 'teruna cantik' dan lain-lain. Di akhir aktiviti, Kelab Komunikasi selaku penganjur telah membeli sebiji kek  bagi meraikan 'kelahiran' Kelab Komunikasi yang mana berjaya menyambut Hari Keluarga secara berturut-turut dalam dua semester pengajian di UMS tahun ini, disamping menyambut hari kelahiran rakan-rakan yang lahir pada bulan November.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh Unit Publisiti iaitu saudari Janne (22) dan Marcella (22) semasa aktiviti dijalankan :






























Pengalaman & Kenangan Terindah 
Program : Hari Keluarga Komunikasi II
Tarikh : 20.11.2011
Lokasi : Pantai Tanjung Aru, KK



No comments:

Post a Comment