Tuesday, December 27, 2011

Majlis Pembubaran Kelab Komunikasi

2011/12/27

UMS : Seramai 35 orang yang hadir termasuk perasmi majlis iaitu Puan Haryati Abd Karim selaku Ketua Program Komunikasi. Majlis tersebut diadakan bagi merasmikan jawatankuasa baharu kelab komunikasi sesi 2011/2012. Pembubaran ini bukan sahaja menggantikan portfolio lama malah terdapat beberapa perubahan serta penambahan portfolio baharu, ini bagi menjenamakan semula atau lebih tepat lagi 're-brand' jenama Kelab Komunikasi. Berikut merupakan senarai Jawatankuasa baharu Kelab Komunikasi sesi 2011/2012.



MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI: SABARUDIN KANDARAE

TIM. PENGERUSI 1: NUR ATIKAH UMAR

TIM. PENGERUSI 2: NORAZURA TAJUDDIN

SETIAUSAHA: HASNAH JUSID

BENDAHARI: ROSINAH SUIN



MAJLIS EKSEKUTIF


EXCO KEWARTAWANAN PENYIARAN: 

SITI MURNI OMAR


EXCO PERHUBUNGAN AWAM & PERIKLANAN: 

DK. IZZAH MASTURA


EXCO KEROHANIAN & SAHSIAH:

 AZANLEE AWAN


EXCO PROTOKOL & TAJAAN : 

AIDEY & HANIEZUL



EXCO SUKAN & REKREASI : 

JULIANA LABA & NOR HIDAYAH AWANG



EXCO SENI & BUDAYA :

 MOHD ZAKI & SADDAM EDRIS



EXCO AKADEMIK & KERJAYA : 

SHARUL AZMEER & CYRIL MODILI



EXCO KESELAMATAN & TATATERTIB : 

ASFANI JAAFAR

Sunday, December 18, 2011

Malam Mesra Komunikasi 2011

2011/12/18

1 Borneo : Seramai 60 orang pelajar program komunikasi menghadiri majlis malam makan yang dianjurkan oleh sekretariat Kelab Komunikasi sesi 2010/2011. Majlis tersebut diadakan di Hotel Court Yard dan bermula pada jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam, selain daripada pelajar majlis ini juga turut dihadiri oleh jemputan khas iaitu Pensyarah dan Dekan Sekolah Sains Sosial. Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan program Malam Mesra Komunikasi 2011 berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa program tersebut dijalankan.


Ucapan alu-aluan dari  Prof. Madya Hj Inon Shaharuddin Abdul Rahman (Dekan Sekolah Sains Sosial)

Simbolik perasmian

Dari kiri : Usher (Iza), Pengarah Program (Azmeer),
Dekan (Prof. Hj. Inon) dan Timb. Pengarah Program (Zura)

VVIP
(Dari kiri : En. Mahat, Hj. Suhaimi, Prof. Madya Hj. Inon, Dr. Lee dan Pengarah Program)

Pengacara majlis 
(Dari kiri : Fazli dan Rain)

Persembahan pelajar komunikasi bagi wakil tahun 2
(Dari kiri : Iswa dan Thevisri)

Persembahan daripada pelajar negara Brunei Darussalam
(Dari kiri : Faisal dan Asri)

Makan malam secara buffet

Anugerah Tokoh Program Komunikasi
(Siti Norizan binti Rashid)

Anugerah 'Queen of  The Night'
(Nurliza binti Hj. Othman)

Anugerah 'King of The Night'
(Mohd Zaki bin Mohd Yakin)

Sesi Bergambar Kenangan
(Tahun 1)

(Tahun 2)

(Tahun 3)

Sesi Berkaraoke
(Dari kiri : Hairil dan Azanlee) 

Dekan Sekolah Sains Sosial
(Prof. Madya Hj Inon Shaharuddin Abdul Rahman)

Sunday, December 4, 2011

Lawatan Amal : RM1 untuk 1 Senyuman

2011/12/04

LIKAS : Seramai 40 orang pelajar program komunikasi, Sekolah Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat lawatan amal di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Aktiviti tersebut bermula pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 4 petang. Tujuan Kelab Komunikasi mengadakan lawatan amal adalah untuk membuat latihan 'corporate social resposibility' (csr) yang mana merupakan persediaan sebelum mengadakan lawatan sambil belajar di luar negara pada semester hadapan iaitu di bawah kursus rundingcara. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa lawatan tersebut diadakan :













Lawatan Amal yang Cukup Memberi Erti
Nama Program : Lawatan Amal Kelab Komunikasi
Tarikh : 04 Disember 2011
Tempat : Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah