Friday, February 18, 2011

Program Gotong-Royong

18 Februari 2011, Untuk julung-julung kalinya Kelab Komunikasi sesi  2010/2011 menganjurkan satu program gotong-royong bertempat di Studio TV, Studio Radio, Bilik Suntingan dan Makmal Komunikasi Sekolah Sains Sosial.

Pada waktu itu seramai 14 orang pelajar program Komunikasi (Tahun 3) yang datang untuk membantu meringankan beban Jawatankuasa Kelab Komunikasi.

Jam 7 pagi, aktiviti dimulakan dengan meminjam alat-alat keperluan daripada Ketua Cleaner untuk membersihkan bilik-bilik komunikasi seperti penyapu, penyodok sampah, kain kering kotor, plastik sampah hitam dan penyedut hampagas.

 Setelah itu, kami bahagi-bahagikan kepada 3 buah kumpulan, ini kerana tempat 1 bilik tidak dapat kami peroleh kuncinya (Makmal Komunikasi). Namun gotong-royong tetap dijalankan, sehingga jam 12 tengahari. Kelihatan peluh sudah mulai membasahi tubuh rakan-rakan yang sejak pagi datang tanpa dihidangkan dengan makanan dan minuman namun masih bersemangat sambil melakukan kerja dengan tenang, riang tanpa perselisihan. Hingga ada kumpulan yang tertidur di Studio Radio selepas bergotong royong.

Apapun, Tahniah buat semua rakan-rakan yang sudi menyumbang tenaga untuk melakukan Program Pertama Kelab Komunikasi sesi 2010/2011, berikut merupakan nama-nama yang hadir serta sedikit gambar daripada kamera HP (1.3 megapixsel) T_T
Senarai rakan-rakan yang hadir :
  1. NOR AFIZA BINTI AB WAHID
  2. NOOR AMIRAH BINTI MAT DAUD
  3. AWANG EZWAN ALI YUSSOF
  4. ZAMARIAH BINTI ZAINI
  5. PATIMANG ABDUL GHANI
  6. ERMA HILAWATI HERMAN
  7. MUHAMMAD RAIMI BIN HASSAN
  8. NUR SYAHKILLA BINTI OMAR
  9. ALIE ANK JOBLY
  10. SANDARLYN ABARASA ASAN
  11. MUHAMMAD SHAFIQ BAJOK
  12. MUHAMMAD SAIFUL FADHLI BIN ABI SOPIAN
  13. SITI NORIZAN BINTI RASHID
  14. MALIK RIZUAN BIN JAAFAR